MINDEF perkukuh kepakaran perang elektronik, dron

06/10/2025 3 min Episodio 6385
MINDEF perkukuh kepakaran perang elektronik, dron

Listen "MINDEF perkukuh kepakaran perang elektronik, dron"

Episode Synopsis

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, Kementerian Pertahanan sedang memperkukuh kepakaran dalam bidang peperangan elektronik (EW), siber dan operasi dron selaras perkembangan peperangan moden yang membabitkan penggunaan dron tempur, peluru berpandu jarak jauh, EW serta teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Menurutnya, kementerian turut memfokuskan usaha mempertingkatkan kawalan pangkalan dan aset strategik utama melalui penggunaan teknologi pengesanan dan pencegahan pesawat tanpa pemandu (UAV).
Beliau menjawab soalan diajukan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berhubung tahap kesiapsiagaan semasa aset ATM dalam berhadapan dengan kemunculan sistem pensenjataan moden dan canggih seperti dron tempur, peluru berpandu jarak jauh, EW dan teknologi AI.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #dewanrakyat #Mindef #kepakaranperangeletronik

More episodes of the podcast Sinar Harian